hmm . assalamualaikum
. alhamdulillah ... kita bersyukur ke hadrat-Nya kerana dapat lagi memijak
bumi-Nya . semoga kita dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama ummah . :))
hari ini, mari kita renungkan beberapa perkara mengenai sahabat yang sejati :
‘Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan
Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya
teringat mati..’
“Sebaik
baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan
sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R
al-Hakim)
ALLAH
SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia,
tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi
kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang
orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri
sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah
antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa,
warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang
bermaksud:
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam
Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah
hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam
membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka
semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek
kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih
sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah
saw yang bermaksud:
“Seseorang
itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti
siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita
akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”credit to : aina-power.blogspot












0 Komen !:
Post a Comment