Friday 20 July 2012

Batch 24 .

inilah wajah2 mereka yang akan menjadi MANGSA keganasan PMR . wuahahaha ! -___-  ini kami tahun lepas . ( 2012 )


2 Firdaus .


2 Naim .


2 Ma'awa .


2 Darussalam .



Thursday 19 July 2012

Salam Mubarak :))

Assalamualaikum .. :))

untuk RAMADHAN yang akan mendatang , Kami , 
nak share beberapa hadith mengenai bulan berkat nii ..

  • Kelebihan Bersahur :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”

 
Riwayat Bukhari & Muslim


 
  • Kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

 
Riwayat at- Tirmidzi
  • Hikmah Kewajipan membayar zakat :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”

 
Riwayat Bukhari


 
  • Puasa tanpa berbuka :

Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi saw. melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.”

 
-
  • Ganjaran puasa Ramadhan :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

 
Riwayat Bukhari & Muslim

  • Berbuka yang diharuskan :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”

 
Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

  • Sunat melambatkan waktu bersahur :

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.

 
(al-Bukhari dan Muslim)

  • LailatulQadar turun pada malam ganjil :

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

 
(Muslim)

  • Banyakkan amalan dihari  yang kesepuluh akhir Ramadhan :


Daripada Aisyah r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”

 
(al-Bukhari dan Muslim)


  • Ramadhan dibuka pintu Syurga dan ditutup pintu Neraka :

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

 
(Bukhari & Muslim)


  • Allah mengampuni dosa orang yang berpuasa :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

 
Riwayat Bukhari dan Muslim

  • Puasa orang musafir :

Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”

 
(Muslim)

  • Malam LailatulQadar :

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

 
(al-Bukhari)

 
  • Puasa penyelamat dari api neraka :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

 
(al-Bukhari dan muslim)

Ramadhan tiba akhirnyaa !

Assalamualaikum . hope sihat .

lepas dapat tahu Sabtu ni bersamaan dengan 21 Julai 2012 ni start Ramadhan , 
kitorang bersyukur sangat :3
Alhamdulillah ...

Doa kami , agar dapat sampai ke hari Ramadhan . Amiin :))


Saturday 7 July 2012

Kisah benar . :(



Assalamualaikum semua . hope anta semua kat sana , sihat sejahtera agar dapat beribadat kepada-Nya . Amiin .

Kami hanya nak share satu cerita yang agak pedih buat korang semua . moga-moga dapatlah kita jadikan iktibar buat mereka di luar sana . Cerita ini mengenai rakan kami yang bernama KN (bukan nama sebenar) . Jadi, biar KN sendiri yang menceritakan kisah ini :

Pada suatu subuh yang dinginnya mencucuk kalbu , KN bangun dari tempat beradu . KN bersihkan diri KN . sesungguhnya , pada hari itu KN terbangun lewat . mungkin kerana salah KN sendiri yang malam tadi nya tidur agak lewat . jadi , kelam kabutlah KN dibuatnya . uniform Pandu Puteri penuh yang KN akan pakai belum lagi KN iron . jadi , dengan kesempatan yang masih ada sebelum waktu subuh masuk , KN iron seluar dahulu .

kira-kira pukul 6.07 pagi , KN kelam kabut ke surau . Alhamdulillah . dapat kejar lagi imam . KN solat subuh berjema'ah bersama-sama . Selesai bersolat subuh , KN skip wirid . pasal KN takut tak sempat nak prepare . jadi , sampai sahaja KN kat dorm , KN sambung iron baju . Alhamdulillah . ketika ini , siap sudah semuanya .

pada petang itu , seorang sahabat sejati menegurku , dia menanya adakah KN bersolat subuh pagi tadi . sesungguhnya sudah tentulah KN mengangguk . benar , KN sembahyang . tetapi , kenapa bertanya kepada KN soalan begitu ? KN keliru .


sahabat tadi berkata ada seseorang yang telah memberitahu bahawa KN tidak bersolat subuh . KN terkejut bukan kepalang jadinya . siapa yang berkata begitu ?

sesampai di dorm , KN bertanya kepada sahabat di sebelah , 'ada takk korang nampak KN solat subuh tadi ? ' biarpun dia berkata 'tidak tahu' , tetapi selepas KN bercerita perkara sebenar , sahabat yang lain berkata , 'sesungguhnya ana ada terdengar seseorang berkata yang anti tidak pergi solat subuh . sebab itu ana nak tanya , anti sekarang sedang 'bercuti' ke ?' ucapnya . KN cakap KN belum 'cuti' lagi . boleh solat lagi .

KN sangat terkejut . ini adalah satu fitnah yang sangat berat bagi KN untuk dipikul . KN cuba sedaya upaya yakinkan sahabat KN yang KN bersolat subuh pagi tadi . Kebenaran harus ditegakkan . Alhamdulillah . Semua sahabat sejati KN menyokong KN . KN cuba mengorek rahsia siapakah dalang disebalik fitnah ini . ianya harus dihentikan !!

Masya-ALLAH ! KN sangat terkejut bila mendapat tahu yang sahabat KN sendiri menyebarkan fitnah itu . tetapi KN husnulzhon . KN tak rasa dia yang sebar fitnah tu . hinggalah satu masa dimana KN mempercayai dialah dalang fitnah itu .

Astaghfirullahalazim ... ketika tu KN dah tak rasa apa-apa . Kepala berat sangat . KN jadi tak keruan . menangis , meraung , menjerit tak henti-henti . ramai sahabat yang pujuk KN . tapi KN tak fikir lain dah . KN cuma fikir tergamaknya dia sebagai sahabat buat begini kepada KN . Na'uzubillah ...

Maghrib menjelang . KN dan semua Pelajar puteri SLISS yang lain bersolat jema'ah di surau putera . selepas solat isyak berjema'ah , KN ambil wudhuk . KN solat hajat . mohon diberi jalan keluar . Amiin . Time ni , KN dah okey . Myrtille pula , bersama Lyssa sentiasa . jadi mungkin dia tidak mengetahui lagi mengenai ini .

Malam tu , Alhadulillah . semua settle . Alhamdulillah , segalanya hanya satu salah faham . mereka nampak KN kat dorm awal sangat . Ye la , semuanya sebab KN skip wirid . hehe >___<'' . First time nak try skip wirid ni , dah berlaku perkara besar seperti ni . mungkin semuanya adalah UJIAN ALLAH . ALLAH SWT tak benarkan KN buat camtu lagi . Subhanallah ! SAYANG ALLAH !!

jadi , iktibar dalam kisah ni , KN harap korang jangan lah skip wirid ea ?? dan yang penting , kita mesti ingat , ALLAH akan membantu hamba-Nya yang sedang Kesusahan . Mintalah pada-Nya dengan bersungguh-sungguh . chow ! sayang korang !! Assalamualaikum .

Friday 6 July 2012

Ramadhan , Kami Rindu !

Assalamualaikum . Alhamdulillah . kita bertemu lagi . Moga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini . Insya-ALLAH . Amiin . :)

Khamis lepas , bersamaan dengan 15 Syaaban . ya . Nisfu Syaaban . Malam Rabu itu , kitorang baca Yaasin sama-sama . dan ketika itu , kitorang teringat akan bulan yang akan mendatang , bulan RAMADHAN AL-MUBARAK . Insya-ALLAH .

Ya ALLAH ! betapa rindunya kami pada bulan itu , mengenangkan bulan Syaaban yang akan meninggalkan kita , kami sedih . Tetapi Alhamdulillah ! ALLAH datangkan kepada kita satu bulan yang penuh dengan rahmat , Bulan Ramadhan . Segala Puji Buat-Mu, Ya ALLAH . :))


"Ya ALLAH , Panjangkanlah umur kami agar dapat bersama-sama menyambut bulan Ramadan-MU Ya ALLAH ,"
Amiin . Sama-sama lah kita berdoa . :)) Wasalam .

FriEnd !!

hmm . assalamualaikum . alhamdulillah ... kita bersyukur ke hadrat-Nya kerana dapat lagi memijak bumi-Nya . semoga kita dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama ummah . :))

hari ini, mari kita renungkan beberapa perkara mengenai sahabat yang sejati :

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

credit to : aina-power.blogspot 

Thursday 5 July 2012

Malam Nisfu Syaaban . :))

Hadith sahih fadhilat nisfu sya’ban :
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur’an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari &amp; Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya’baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa’ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa’ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya’baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya’ban.
Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya’ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya’baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.
Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya’ban
Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya’baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.
Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya’baan:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :“
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya’baan

(1)
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:
(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)

ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :
(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).

ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:
(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).

ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.
Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Ulasan tokoh-tokoh Hadith

Al-Hafiz al-Iraqi berkata:
(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.
al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:
Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:
(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu). (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.
Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:
(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).
(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Credit to: Musolla Community .